'AZEEM harta negara yang perlu dijaga sebaiknya', ia kata-kata yang keluar daripada mulut jurulatih Muhammad Azeem Fahmi, Ken Harden, sebaik melihat perwatakan luar biasa yang dibawa oleh atlet kelahiran Perak itu.
Azeem turun ke Bangkok dalam misi peribadi memastikan catatan bawah 10 saat namun ia tidak berlaku.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu seiring dalam menyenaraikan atlet di persada tertinggi seperti ini.
Dengan menghantar 30 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, ia merupakan jumlah penghantaran terbesar bagi kejohanan pendedahan seperti ini.
Ada rasa kecewa, namun hal itu mahu dibawa ke dalam dua kejohanan penting selepas ini iaitu Kejohanan Dunia di Budhapest dan Sukan Asia September depan.
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia, membuatkan Azeem tidak teragak-agak meletak janji buat seluruh rakyat Malaysia.
"Malaysia sudah lama tidak beraksi di pentas final Kejohanan Asia. Ini merupakan pencapaian yang baik buat saya dan negara.
"Selepas ini terdapat dua lagi kejohanan dan saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran," kata Azeem.
Azeem umpama harapan baru selepas kali terakhir Malaysia megah di podium peringkat Asia pada 2008 selepas Watson Nyambek berada di kedudukan kedua Kejohanan Olahraga Asia di Fukouka.
Sementara itu, Ken Harden bertegas Azeem hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk capai sasaran peribadinya musim ini, malah dua kejohanan akan datang umpama medan seterusnya buat Azeem menebus kekecewaan di Bangkok.
"Setahun lalu, tiada sesiapa yang menyangka Azeem mampu ke final Kejohanan Remaja Dunia dan tahun ini, dia menempah slot ke final Kejohanan Asia," kata Harden.
"Jadi terdapat tekanan dan jangkaan yang tinggi terhadapnya malah dia menanganinya dengan baik sekali."
Kecemerlangan Azeem menjadi tulang belakang kepada kuartet 4x100meter negara yang memiliki potensi andai terus mendapat pendedahan terbaik selepas kejayaan mereka membuka mata ramai pihak bermula di Sukan SEA Vietnam 2022.
Di Bangkok, keadaan berbeza merujuk kepada senarai pelari berbeza namun malaysia masih mampu menamatkan saingan 4x100meter dengan memperbaharui catatan terbaik iaitu 39.17s pada ranking keenam Asia.
Pemegang pingat gangsa lempar cakera lelaki, Irfan Shamsudin, memuji pendekatan baru KOM yang menghantar seramai 30 atlet negara beraksi di Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok kali ini.
Tegas Irfan, jika mahu melihat peningkatan ketara, ini yang perlu dilakukan oleh persatuan yang benar-benar mementingkan kemajuan sukan olahraga.
Untuk rekod, Irfan satu-satunya atlet negara yang naik ke podium dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok kali ini.
Astro Arena
Tue Jul 18 2023
AZEEM: Selepas ini terdapat dua lagi kejohanan dan saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran. - Foto Astro ARENA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.